Bersama:Dr. S. Silvam (Pakar Sakit Puan & Perbidanan, Kelana Jaya Medical Centre (KJMC)
Belum datang haid
DOKTOR,
SAYA berumur 15 tahun dan mempunyai beberapa soalan yang ingin ditanyakan. Saya berasa risau kerana saya belum lagi datang haid sehingga kini.
Saya juga menghadapi masalah keputihan yang bermula sejak akhir umur saya enam tahun. Apakah ini merupakan masalah yang teruk atau sebaliknya?
Perlukah saya berjumpa dengan pakar atau adakah ini cuma sesuatu yang dipengaruhi oleh tubuh badan seseorang?
- Winawati, Perak.
Jawapan:
Wanita selalu memasuki alam remaja atau baligh dalam lingkungan umur sembilan hingga 16 tahun.
Mereka akan mengalami perubahan dari segi fizikal (pada bahagian buah dada dan kemaluan) disebabkan oleh perubahan hormon.
Dalam jangka waktu ini juga mereka akan mendapat haid pertama (menarche), selalunya dalam umur antara 12 ke 13 tahun.
Dalam kes saudari, masalah belum ada haid perlu dirujuk kepada pakar sakit puan.
Penelitian pakar sakit puan penting untuk memastikan perubahan fizikal (secondary sexual charaeteriatics) adalah mengikut masa dan organ wanita dalaman (internal & external genetelin) serta paras hormon adalah normal.
Bagi masalah keputihan pula, keputihan boleh berlaku kebanyakan masa disebabkan oleh jangkitan fungus (kulat).
Walaupun ia lebih banyak berlaku kepada wanita yang sudah berumah tangga atau sudah melakukan hubungan seks, ia masih boleh berlaku kepada anak gadis yang belum pernah melakukan hubungan seks.
Dengan rawatan dan nasihat doktor, keadaan ini adalah mudah untuk ditangani.
Haid tidak seimbang
Doktor,
Doktor, saya wanita bekerja pejabat, berumur 45 tahun dengan ketinggian lima kaki tiga inci (5'3") dan berat badan 56 kilogram.
Saya juga masih bujang (dara) tetapi mengalami masalah haid tidak datang sejak Julai 2007.
Sebelum itu juga, putaran haid saya datang dalam keadaan tidak sekata antara dua atau tiga bulan sekali.
Akan tetapi sebelum umur saya 40 tahun, kedatangan haid adalah mengikut jadual bulanan dengan teratur.
Untuk pengetahuan doktor, kesihatan diri saya adalah amat baik dan masih cergas dengan aktiviti harian seperti pergi kelas malam (tuisyen), berjoging selepas bangun pagi serta membuat kerja-kerja lain.
Saya cergas dan tidak letih walaupun saya jarang makan pemakanan tambahan seperti ubat EPO atau multi-vitamin.
Setelah menyemak kesan-kesan sampingan pra-menopaus seperti panas badan, letih, mudah tersinggung (moody) atau berdebar-debar itu pun tidak ada pada badan saya.
Soalan saya, mengapa terjadi begini? Untuk pengetahuan tuan doktor saya belum lagi berkesempatan berjumpa doktor perubatan.
-Fiz
Jawapan:
Masalah kesihatan Fiz telah diteliti dan didapati tahap kesihatan anda adalah memuaskan dalam aspek-aspek berikut, yang selalu berkait rapat dengan masalah haid.
Anda bukan seorang yang berlebihan berat badan atau ‘obes’.
Anda tidak pernah sakit serius atau melalui radioterapi atau pembedahan dan juga tidak mengalami tanda-tanda pra-menopaus atau menopaus.
Masalah haid boleh disebabkan oleh beberapa perubahan pada ovari (beg telur).
Ovari yang mengalami perubahan yang dinamakan ‘polycystic ovarian syndrome’ dimana telurnya tidak dikeluarkan setiap bulan (anovolution) boleh melambatkan atau menyebabkan haid kurang teratur.
Ovari juga boleh berubah dengan hadirnya sel-sel tumor yang boleh mengeluarkan hormon androgenik yang boleh melambatkan haid.
Satu lagi perkara yang penting ialah masalah tekanan jiwa yang kuat atau ‘stress’ yang berlebihan juga boleh melambatkan haid.
Saya mengesyorkan agar anda berjumpa dengan pakar sakit puan terlebih dahulu untuk pemeriksaan dan ujian lanjut untuk mengenal pasti punca masalah yang dihadapi.
4 comments:
Doktor,
doktor,saya berusia 30tahun sudah bersuami dan mempunyai seorang anak.
berat badan 60kg tinggi 5'3..
masalah saya ialah sejak 5 bulan yang lalu sehingga kini apabila saya datang haid ia cuma berlaku 2 atau 3 hari
adakah ia normal atau saya perlu berjumpa dengan dr pakar puan.
doctor saya berusia 31tahun sudah kahwim dan mempunyai tiga orang anak.saya bersalin tiga kali buat bedah caesarean.dan dah ikat peranakan 2015 `Tied and cut',tetapi baru ini perut saya semakin buncit dan berdenyut bahagian atas tengah perut.bila saya baring mengiring boleh rasa ada denda dalam perut ukur lebih kurang 18~19cm.tetapi saya datang haid sebulan 2kali.contoh untuk bulan ini pertama 30 Oct 2017~5 nov 2017-kali kedua 16 nov 2017~21 nov 2017.apakah saya hamil lagi?
Ada anak kepada kawan saya dia seringkali sakit kepala yang kuat sampai pengsan.Dia kata sakitnya dekat bahagian kanan.Jumpa Doktor pakar,doktor kata tak ada sakit apa2.Tapi budak tu nampak macam normal.Penyakit tu datang tiba-tiba aja.Sekarang doktor cuma beri dia ubat migrain aja pakai control sakit tu.Apakah sebenarnya sakit ini?
Dr saya selalu sakit belakang sebelah kiri,
Post a Comment